Aku berpindah. Selamat tinggal wordpress.

Aku buat entri ni khas untuk beritahu semua blogger bahawa aku dengan rasminya berpindah ke blogspot. Jangan lupa singgah ke blog aku di http://jangantanyaaku.blogspot.com

Aku juga hendak bercerita tentang bola

Aku nampak banyak orang tulis entri tentang bola sekarang. Bapa aku kata, dia pun ingin mengikuti perkembangan perlawanan bola sepak tahun ini. Aku pun hairan. Bapa aku tidak pernah teruja untuk tengok perlawanan bola sepak sehingga tidak tidur malam sebelum ini. Dia juga tidak pernah berteriak-teriak ketika ada pasukan yang menjaringkan gol. Jiran sebelah rumah agak terganggu agaknya. Aku tipu. Jiran sebelah rumah aku pun menjerit apabila ada pasukan menjaringkan gol. Buat pertama kali dalam hidup aku, bapa aku teruja mengikuti perkembangan bola sepak. Bapa aku kata, rakan-rakan bapa aku sibuk cerita pasal bola. Rasanya dia berharap agar dia juga dapat memberi sedikit ulasan tentang perlawanan bola sepak ketika rakan-rakannya bercerita tentang bola sepak. Aku ingin berterus terang. Aku tidak mengikuti langsung perkembangan bola sepak. Jangan kata kerana aku perempuan. Hal ini tiada kaitan dengan jantina. Ada perempuan yang gemar menonton bola sepak. Contohnya, kawan baik aku. Dia amat minat dengan pasukan Manchester United. Dia ada beritahu aku bahawa dia ingin mengikuti perkembangan FIFA 2010. Aku tidak kisah. Tetapi, aku memang tidak minat. Jangan tanya kenapa, aku memang tidak tahu. Aku pernah bermain bola sepak sewaktu di bangku sekolah dahulu. Oleh itu, jangan kata aku anti bola sepak. Aku cuma tidak suka menontonnya. Bukan itu sahaja, aku minat dengan acara-acara lasak. Aku juga minat bersukan. Namun, itu tidak bermakna aku perlu mengikuti perkembangan bidang itu. Minat aku juga tidak bermakna aku perlu menonton acara tersebut di kaca televisyen. Aku lebih suka melakukan aktiviti secara langsung berbanding melihat orang lain melakukannya di kaca televisyen. Oleh itu, aku ingin mengisytiharkan keamanan kepada semua peminat bola sepak serta semua yang mengikuti perkembangan FIFA 2010. Aku bukannya anti bola sepak. Aku juga bukan anti FIFA 2010. Salam keamanan.

Aku menjawab survey Encik Hapiz Rahman

Aku cadangkan agar sesiapa yang membaca entri aku ini untuk membaca entri penuh survey ini di blog Encik Hapiz. Anda boleh berbuat demikian dengan klik di sini. Sebenarnya, aku mengambil risiko yang besar ketika memilih untuk menjawab survey ini. Anda semua mungkin akan dapat mengenali aku melalui survey ini. Aku malu. Oleh itu, berbanggalah Encik Hapiz Rahman.

Soalan 1: Umur anda
b Atas 18-30
Tidak! Sesiapa yang membaca entri ini sudah mengetahui aku terletak di kelompok umur ini.

Soalan 2: Sudah berpunya? (jika jawapan anda “tidak”, terus ke soalan no 5)
b. Tidak
Tidak! Sekarang kamu semua tahu bahawa aku ialah orang yang tidak diminati. Aku malu. Tidak! Aku tipu. Aku bukannya tidak diminati. Aku cuma lebih selesa dengan status ini. Sekali lagi, aku perasan.

Oleh kerana aku perasan, aku terus ke soalan 5.

Soalan 5: Berapa jarak umur yang korang rasa sesuai untuk pasangan korang
a. Kurang 5
b Lebih 5
c. Kurang sepuluh
d. Macam Dato’ K dengan Dato’ Siti pun takpa
Sebenarnya, tiada jawapan yang menepati keinginan aku. Aku lebih selesa sekiranya kami sebaya. Jangan tanya aku kenapa. Aku tidak tahu.

Soalan 6: Target umur kahwin?
a. 18 – 25
b 25- 27
c. 27-29
d. 30 ke atas
Aku tidak menetapkan hal ini. Sejujurnya, aku tidak ingin berkahwin. Aku masih belum mempunyai keinginan untuk berkahwin. Jangan tanya aku kenapa kerana kamu tahu jawapannya.

Soalan 7: Pandangan korang tentang laki berusia
a. ok matang
Ketika menjawab soalan ini, aku hanya mampu terbayang wajah bapa aku kerana aku teringat Hari Bapa. Bapa aku ialah seorang bapa yang amat baik. Aku tahu. Aku tidak menjawab soalan. Minta maaf.

Soalan 8: Pandangan korang tentang laki berusia gatai nak carik bini no.2
d. Kesian bini dia dan anak-anak dia
Aku tidak dapat komen lebih lanjut tentang isu ini. Aku risau aku akan mengeluarkan kata-kata di luar dugaan aku.

Soalan 9: Apa pandangan korang tentang cinta-cinta?
b. Menyusahkan
Aku berpendapat hal ini hanya menambah drama dalam hidup kita. Aku bukan benci tengok drama. Aku suka tengok drama. Terutama sekali drama korea dengan taiwan. Aku memang suka. Aku terpesong sedikit nampaknya. Aku suka tengok drama tetapi aku tidak suka hidup aku dipenuhi drama. Cukuplah sekadar watak sampingan.

Soalan 10: Adakah peribahasa kata bidalan a.k.a pantun “buang emak buang saudara, kerna kasih hamba turutkan” masih relevan?
b. Tidak relevan
Ini hanya pendapat aku. Aku sayang emak dan bapa aku. Aku harap aku tidak akan mengamalkan bidalan di atas.

Terima kasih kepada Encik Hapiz kerana membenarkan aku menjawab survey di blog aku. Aku malu dan terharu. Aku harap sesiapa yang terbaca entri aku ini singgah ke blog Encik Hapiz pula.

Lelaki yang aku suka.

Hari ini, aku terserempak dengan lelaki yang aku suka masa aku sekolah rendah. Biarlah aku kenalkan lelaki ini dengan nama Kentack Fred Chuck (bukan nama sebenar). Perkara yang paling aku tidak sangka terjadi. Dia masih ingat aku. Aku tidak sangka dia masih ingat aku. Kali terakhir kami jumpa ialah 7 tahun yang lalu. Aku masih dapat mengecam muka dia kerana dia tidak mengalami terlalu banyak perubahan. Sedangkan diri aku memang jauh berbeza. Aku tidak dapat memberitahu apakah perubahan diri aku. Jangan tanya kenapa. Kali ini bukannya kerana aku tidak tahu. Aku cuma risau. Aku risau kamu akan terserempak dengan orang yang menepati bentuk fizikal aku dan mengandaikan orang itu adalah aku. Walaubagaimanapun, aku lebih risau sekiranya kamu cukup bertuah untuk terjumpa aku melalui ciri-ciri yang aku terangkan. Aku tidak mahu hal itu terjadi kerana aku akan berasa malu. Aku malu kerana kamu sudah mengetahui rahsiaku. Jika aku malu, aku akan menangis. Aku terpesong jauh lagi nampaknya. Aku ingin bercerita tentang lelaki tersebut. Aku sebenarnya berasa amat malu ketika terserempak dengannya. Jangan tanya kenapa. Nanti aku malu. Biar aku beritahu sendiri. Sebentar, aku juga tidak tahu mengapa aku malu. Mengapa aku malu? Adakah aku masih menyukai dia? Adakah kerana dia menyukai aku? Aku juga tidak tahu. Aku cuma tahu bahawa soalan terakhir aku itu wujud kerana aku perasan.

Mengapa aku masih belum tidur?

Aku juga tidak tahu mengapa aku masih belum tidur. Mengapa kamu semua masih belum tidur? Aku juga tidak tahu. Aku cuma tahu bahawa rutin tidurku telah terganggu. Namun, bukan itu yang aku hendak beritahu sebenarnya. Aku ingin bercerita tentang soal perasaan aku. Sebenarnya aku tidak mahu menyentuh soal hati dalam diari alam mayaku ini kerana aku akan malu. Apabila aku malu, aku akan rasa kurang senang. Apabila aku rasa kurang senang, perasaan aku akan terganggu. Hal ini akan membawa kepada perkara yang lebih buruk. Aku tidak ingin menjelaskan tentang perkara yang lebih buruk tersebut. Tolong jangan tanya aku kenapa kerana aku juga tidak tahu. Baiklah, aku ingin kembali ke topik asal. Aku memilih untuk menulis kisah soal hati aku di diari alam maya kerana aku akan berasa lebih malu sekiranya aku berkongsi kisah ini dengan orang yang aku kenali. Aku juga amat malu untuk menuliskan kisah soal hati dalam diari lama aku kerana mereka tahu siapa yang menulisnya dan siapa lelaki yang dimaksudkan. Aku berasa malu hanya dengan memikirkan bahawa mereka bakal memalukan aku dengan pandangan sinis serta gelak tawa. Nampaknya aku sudah terpesong jauh daripada topik utama aku. Aku sudah menulis terlalu banyak untuk entri kali ini nampaknya. Tolong jangan sumpah aku. Aku sebenarnya terlupa apa yang ingin aku katakan. Aku akan menyentuh topik soal hati pada entri aku yang akan datang nanti. Apabila aku sudah teringat apa yang ingin aku tulis.

Aku memberitahu alasan aku blogging.

Aku mula blogging kerana aku tidak mahu memiliki diari lagi. Orang lain sering membaca diariku tanpa kebenaranku dan mentertawakan aku. Aku pun tidak tahu mengapa mereka suka membaca diari aku. Adakah kerana mereka ingin mengetahui format menulis diari? Adakah kerana mereka suka dengan cara penulisanku? Adakah mereka terhibur dengan kisahku? Adakah mereka ingin mengetahui rahsiaku? Jangan tanya aku. Aku pun tidak tahu. Oleh itu, aku pun mula blogging. Tetapi, bukankah diariku akan dibaca oleh lebih ramai orang sekiranya aku menulisnya di alam maya ini? Tepat. Oleh itu, aku bercadang untuk merahsiakan segala informasi yang mungkin boleh membawa orang lain untuk mengenali identitiku selain untuk tujuan keselamatan. Begitu juga dengan nama-nama orang yang terdapat dalam blog aku ini. Aku tidak sangka otakku yang kurang geliga ini dapat memikirkan cara hebat ini. Hebat. Sungguh hebat.

Semakan Kemasukan ke Maktab Perguruan Bagi Lepasan SPM 2010 (KPLSPM)

Semakan kemasukan ke maktab perguruan bagi lepasan SPM 2010 (KPLSPM) boleh disemak bermula 14 Jun 2010.

Semakan melalui internet

http://apps.emoe.gov.my/kplspm/tawarkplspm_jun10/

Semakan melalui SMS

  • MOE<jarak>KPLSPM<jarak>NOKP dan hantar ke 15888.
  • MOE<jarak>KURKPLSPM<jarak>KODKURSUS dan hantar ke 15888